Program Khas Haji Tidak Dibiayai Wang Curi - 1MDB

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah.

Dalam kenyataan pada Selasa, 1MDB menafikan program itu ditaja dengan wang "curi" seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sambil menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan satu lagi pembohongan oleh Dr Mahathir, 1MDB berkata dana berkenaan dijana melalui operasi perniagaan sah, dahulunya dalam pengeluaran tenaga, dan terbaru melalui projek pembangunan hartanah.

"Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji.

"Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat.

"Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia," katanya.

Menurut kenyataan itu, contoh aktiviti yang dilaksanakan boleh didapati dalam laman sesawang 1MDB, daripada Geran Dana PIBG, Geran Akademik untuk pelajar SPM/STPM, hinggalah kepada Geran Akademik bagi Pusat Sri Murugan dan Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu serta Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

IMDB berkata yayasan itu juga menyokong program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam, yang menyediakan penajaan kepada lebih 600 rakyat Malaysia daripada semua kaum. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Program Khas Haji

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan