Mara Inc Langsai Hutang Di Australia - Annuar Musa

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) telah melangsaikan kesemua hutang di Australia sebanyak A$21.98 juta (RM72.48 juta).

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, hutang membabitkan dua bank di Australia itu dilangsaikan menerusi pelan rasionalisasi yang dilaksanakan Mara Inc.

"Hutang diselesaikan selepas Mara Inc menjual bangunan pejabat 51 Queen Street di Melbourne secara tender terbuka pada harga A$23.4 juta (RM76.75 juta).

"Kita beli bangunan ini pada harga kira-kira A$21 juta (RM69.26 juta), maka penjualan ini mencatatkan keuntungan kepada Mara Inc sekali gus meletakkan kedudukan kewangannya kukuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Mara di sini, Selasa.

Pada Isnin, dilaporkan Mara melalui Mara Inc telah menjual satu daripada empat hartanahnya di Australia bagi menjelaskan hutang pinjaman yang digunakan untuk membeli aset berkenaan.

Hartanah 51 Queen Street di Melbourne itu merupakan bangunan pejabat 12 tingkat yang diperoleh Mara Inc pada 2014.

Annuar berkata, pelan rasionalisasi itu antara lain bertujuan untuk menjual aset pada harga yang menguntungkan dan dapat melangsaikan hutang di Australia.

Tambahnya, pelan itu juga membantu melangsaikan hutang membabitkan satu lagi hartanah yang mana Mara Inc selepas ini hanya perlu menumpukan kepada penjanaan pendapatan.

"Baki dua lagi bangunan itu kita hanya membuat pinjaman kecil dengan bank di Malaysia dengan kadar lebih rendah dan tempoh bayaran lebih panjang.

"Kesimpulannya, kita dapat melepaskan hutang di luar negara dan menjana pendapatan yang lebih baik berdasarkan ketiga-tiga aset ini," katanya.

Beliau turut menolak andaian bahawa pelan rasionalisasi tersebut disebabkan isu pembelian hartanah oleh Mara Inc di Dudley International House, Melbourne.

"Tidak ada kena-mengena kerana kita buat (pelan rasionalisasi) secara dalaman untuk meletakkan kita pada kedudukan yang kukuh dalam menangkis pelbagai dakwaan.

"Ada orang kata kita rugilah, nak bankrap di sana (Australia), tak ada wang di Malaysia sekaranglah sebab nak gunakan di Australia. Ini semua sekadar andaian pihak tertentu," katanya.

Selain Dudley International House, dua lagi hartanah yang diperoleh Mara Inc ketika ini adalah 746 Swanston Street dan 333 Exhibition Street. 

Isu pembelian hartanah oleh Mara timbul apabila akhbar Australia, The Age, melaporkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di Melbourne pada 2013. 

Mereka termasuk seorang pegawai 'atasan' Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik, yang dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk pembelian blok pangsapuri Dudley International House, dengan menawarkan hampir A$5 juta lebih tinggi daripada harga asalnya A$17.8 juta.

Bagaimanapun dilaporkan tahun lalu bahawa proses pembelian empat hartanah di Australia oleh Mara Inc dibuat mengikut prosedur.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Mara Inc

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan