Kuota Haji Musim 2017 Bertambah Semula

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 2:08 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Kuota jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada jumlah asal iaitu 27,800 orang tahun ini berbanding 22,320 orang sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi mengembalikan kuota berkenaan selepas menarik balik pengurangan kuota jemaah haji sebanyak 20 peratus yang dikuatkuasakan pada 2013 terhadap jemaah asing.

"Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana mengembalikan kuota asal jemaah haji tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 45 surau dan tujuh masjid di Parlimen Tumpat yang terlibat banjir di sini, Selasa.

Sumbangan tersebut adalah pemberian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Takwa. Setiap surau memperoleh RM500 manakala masjid mendapat RM2,000.

Jamil Khir berkata kerajaan Malaysia memohon kuota 30,000 jemaah tetapi kerajaan Arab Saudi memberi jumlah kuota asal iaitu 27,800 orang.

Beliau berkata kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kejayaan menyiapkan projek pembesaran Masjidil Haram yang membolehkan lebih ramai jemaah mengerjakan ibadah haji bermula tahun ini.

Ditanya mengenai pemberian subsidi kepada jemaah haji tahun ini, beliau berkata pemberian subsidi tersebut akan diteruskan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pihaknya sedang mengenal pasti surau dan masjid di Parlimen lain di Kelantan yang terlibat dengan banjir untuk diberi bantuan.

Beliau berharap bantuan tersebut dapat membantu pengurusan surau dan masjid memperbaiki sebarang kerosakan yang terlibat seperti alat siar raya, permaidani dan bahan bacaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Haji , Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan