Jangan Main Golf Dengan Pihak Berkepentingan - KSN

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 6:31 PM

Ali Hamsa. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan seperti permotoran, namun ia perlu dilakukan sebagai hobi tanpa melibatkan pihak berkepentingan seperti kontraktor, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Tidak dinafikan ramai (penjawat awam) bermain golf tetapi (mereka) tidak terlibat dengan syarikat atau pihak berkepentingan. Mereka bermain antara penjawat awam, tidak melibatkan rasuah atau 'betting' (pertaruhan)," katanya.

Beliau berkata apa jua sukan dan aktiviti yang mungkin melibatkan kerjasama atau komplot bersama pihak-pihak berkepentingan adalah tidak dibenarkan langsung.

"Kalau ada kontrator yang ingin belanja atau turut serta, jangan terlibat  sama ada permainan golf atau perjalanan ke luar negara, katanya dalam satu sidang media di sini Selasa.

Tanpa mendedahkan butiran, Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pernah mengambil tindakan terhadap beberapa pegawai tinggi satu jabatan yang terlibat dalam permainan golf di luar negara.

Ali dalam pada itu menegaskan walaupun terdapat publisiti berkaitan kes rasuah melibatkan penjawat awam, ia tidak bererti semua penjawat awam terlibat dalam rasuah.

"Majoriti atau 99 peratus adalah berintegriti tinggi," katanya sambil menambah kini terdapat 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Beliau turut menyokong langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah di perkhidmatan awam serta berharap SPRM dapat menyelesaikan kes berkaitan penjawat awam secepat mungkin.

"Kita dalam perkhidmatan awam benci rasuah. Integriti diutamakan. Saya dan semua ketua setiausaha dan penjawat awam setuju dan mendokong prinsip integriti dalam perkhidmatan awam," katanya.

Mengenai seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar 'Datuk' yang ditahan reman bagi membantu siasatan SPRM, Ali berkata pegawai berkenaan kini digantung tugas dan akan ditempatkan ke kumpulan jawatan tidak berportfolio (pool).

Ketika menghadiri majlis penganugerahan surat kenaikan pangkat pegawai pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana selepas sidang media itu, Ali menegaskan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih menaruh keyakinan terhadap para penjawat awam dalam menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Beliau berkata laporan mengenai penjawat awam yang disiasat SPRM kerana menyalahgunakan kuasa dan terlibat penyelewengan telah mencalarkan imej perkhidmatan awam. 

"Janganlah biar nila setitik merosakkan susu sebelanga. Kita seharusnya membuktikan kepada rakyat bahawa sektor perkhidmatan awam masih berintegriti tinggi, katanya. 

Beliau menyaran penjawat awam terus meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selain memastikan dasar kerajaan, projek dan program yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ali Hamsa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan