Sembur Cat Di Thaipusam: Wanita MIC Akan Lapor Polis

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita MIC akan membuat laporan polis terhadap kumpulan yang mengancam untuk menyembur cat pada wanita yang tidak berpakaian sopan semasa perayaan Thaipusam atau dikenali sebagai 'Spraying Thaipusam Group'.

"Kami terkejut dengan amaran kumpulan itu di Facebook untuk menyembur cat kepada wanita Hindu yang tidak berpakaian sopan semasa Thaipusam," kata Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy.

"Kumpulan ini tidak seharusnya mengambil undang-undang sendiri di bawah nama agama.

"Bersikap prejudis terhadap wanita dan kemudian membangkitkan idea yang melemahkan kaum wanita tidak seharusnya dibiarkan pada zaman ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, walaupun kuil mempunyai kod etika pakaian yang perlu diikuti, tetapi rancangan kumpulan berkenaan untuk menghina wanita di khalayak merupakan perbuatan keji.

"Kita hidup dalam masyarakat di mana seorang wanita harus diukur dengan kecerdasan dan kerja keras mereka, dan bukannya berapa labuh pakaiannya," kata Mohana.

Beliau turut berkata, Wanita MIC berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merancang untuk menyembur cat pada wanita.

Terdahulu dilaporkan polis sedang mencari individu yang mengancam untuk menyembur cat pada pakaian wanita dalam perayaan Thaipusam tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mereka menyedari 'posting' berkenaan kini menjadi viral di Facebook.

"Kita akan ambil tindakan sewajarnya. Apa yang dirancang individu-individu ini melanggar undang-undang, dan kita tidak akan membenarkannya," kata Abdul Samah.

Abdul Samah yang dihubungi pada Isnin berkata, polis turut akan mengenal pasti individu yang memiliki halaman Facebook itu dan 'posting' yang dimuat naik.

Beliau menggesa orang ramai tampil membantu siasatan polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan.

Mereka perlu menghubungi talian 03-2052 9999 atau tampil di balai polis berdekatan.

Tags / Kata Kunci: Wanita MIC , Mohana Muniandy

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan