TLDM Lancar Kempen "Perangi" Penyalahgunaan Media Sosial - Berita Semasa | mStar

TLDM Lancar Kempen "Perangi" Penyalahgunaan Media Sosial

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 2:13 PM

Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (tengah) melancarkan Kempen Hindari Salah Guna Media Sosial di Auditorium Wisma Pertahanan pada 9 Januari 2017. Turut hadir Asisten Ketua Staf Pentadbiran, Laksamana pertama Fadzilah Hasan (kiri) dan Timbalan Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksaman Madya Datuk Anuwi Hassan (kanan). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan kempen untuk menangani penyalahgunaan platform media sosial.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kempen " di peringkat dalaman" itu merupakan usaha untuk menangani penyebaran berita palsu menerusi media sosial dalam kalangan anggota tentera.

"Sosial media perlu digunakan secara berhemah dan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota TLDM bagi mengekang penyebaran berita tidak benar.

"TLDM juga berusaha menggalakkan agar anggota tentera tidak menggunakan laman sosial atau bermesej semasa mesyuarat, memandu dan di tempat ibadat.

"Kita perlu menjadi contoh kepada generasi muda.

"Mereka sering leka dengan telefon pintar dan gajet, dan TLDM perlu memainkan peranan untuk menunjukkan perkara boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan," katanya selepas melancarkan kempen itu di Wisma Pertahanan pada Isnin.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan