Tarian Singa Anak Melayu Muara Tebas Kini Makin Popular

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 12:37 PM

Faizullah Nor Affendy,13, (kiri) dan rakan-rakannya berlatih membuat persembahan tarian singa di Kampung Muara Tebas. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketika berusia lapan tahun, Faizullah Nor Affendy sering melihat persembahan tarian singa di Tokong Chin San Yan yang terletak berhampiran kediaman ibu bapanya di Kampung Muara Tebas, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Pergerakan yang lincah, aksi akrobatik yang unik, paluan gendang menambah keterujaan kanak-kanak itu bersama empat lagi rakannya untuk mempelajari seni persembahan tersebut.

Melihat kepada minat yang ditunjukkan Faizullah yang bertindak sebagai ketua kumpulan bersama beberapa rakan lain, bapa saudaranya membuat kostum singa untuk mereka.

Bahagian kepala dibuat daripada kotak manakala bahagian badan serta ekor menggunakan kain, tetapi dibuat sebaik mungkin menyamai kostum tarian singa sebenar.

Kreativiti mereka tidak berakhir di situ, menggunakan kayu sebagai pemukul, penutup periuk, tin kosong serta tong cat sebagai instrumen maka bermula persembahan tarian singa yang cukup sinonim dengan masyarakat Tionghua oleh anak Melayu Muara Tebas.

Faizullah yang kini menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bako berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan, biarpun hanya menggunakan singa kotak, persembahan mereka dinanti-nantikan oleh penduduk sekitar, termasuk pelancong yang datang ke Muara Tebas, kawasan yang terkenal dengan restoran makanan laut.

"Kami berlima tidak mendapat latihan khusus. Kami hanya belajar sendiri menerusi pengamatan tarian singa serta paluan gendang oleh kumpulan yang datang buat persembahan di Tokong Chin San Yan.

"Sejak ada singa kotak, kami buat persembahan di sekitar kampung, ada la dapat sedikit sumbangan daripada pelancong yang datang ke sini," katanya kepada Bernama yang boleh bermain gendang atau memainkan peranan sebagai kepala singa.

Biarpun hanya menggunakan singa kotak dan instrumen buatan sendiri kemampuan mereka amat baik, dan seorang penduduk kampung telah merakam serta memuat naik video persembahan kanak-kanak itu ke laman sosial.

Video tersebut kemudiannya menjadi viral, mendapat pujian ramai dan paling penting kemampuan mereka disedari sebuah Persatuan Naga dan Tarian Singa dari Kuching.

Seorang lagi anggota kumpulan berkenaan, Khamirul Ahmad, 16, berkata: "Sekitar 2014, selepas video itu viral makin ramai orang datang ke sini terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Rasa bangga dan gembira juga sebab kemampuan kami dapat perhatian.

"Selepas itu anggota sebuah Persatuan Naga dan Tarian Singa dari Kuching datang dan kami mendapat kostum singa serta peralatan sebenar untuk persembahan kami," katanya dan sejak itu mereka lebih giat menjalani latihan.

Mohd Irfan Luthfi Mahadir, 15, berkata sejak memperoleh peralatan tersebut, mereka tidak menoleh ke belakang lagi dan sering mendapat panggilan untuk membuat persembahan antaranya majlis perkahwinan, sambutan Tahun Baharu Cina dan lawatan orang kenamaan ke kampung tersebut.

"Persatuan itu juga ada membawa kami buat persembahan di sekitar Kuching antaranya di Carpenter Street serta pernah membawa kami melihat satu pertandingan Tarian Naga dan Tarian Singa di Kenyalang Park," katanya.

Bagi ibu kepada Faizullah, Zuniza Nusi, 31, berkata mereka sekeluarga menyokong keputusan anak sulungnya itu bergiat aktif bersama rakan-rakannya mempelajari serta membuat persembahan tarian singa.

Beliau yang bangga dengan persembahan kumpulan remaja itu yang banyak menerima undangan persembahan, Zuniza melihat mereka mampu pergi lebih jauh jika diuruskan lebih baik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Faizullah Nor Affendy , Tarian Singa

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan