Singapura Bakal Kenakan Caj Jalan Raya Sepadan Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 5:57 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia SG$6.50 (RM20) yang dilaksana sejak 1 November lepas.

Menurut laporan portal Channel News Asia yang memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan sebagai berkata, Malaysia mengutip sekitar RM13.9 juta daripada kenderaan Singapura antara 1 November dan 20 Disember tahun lepas.

"Dasar kami sejak sekian lama ialah mengenakan kadar sepadan bagi levi, tol atau fi yang dikenakan Malaysia untuk menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.

"Ini bagi memastikan Malaysia mengambil kira respons kita setiap kali mereka menaikkan kadar tol atau memperkenalkan levi baharu," Khaw dipetik berkata di Parlimen.
Katanya perincian mengenai caj sepadan itu akan diumum dalam masa terdekat.

Bermula 1 November 2016, caj jalan raya dikenakan setiap kali kenderaan dari republik itu memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n' Go.

Peringkat awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak termasuk motosikal.

Sistem caj jalan raya itu dilaksana di dua pintu masuk darat di Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Tags / Kata Kunci: Singapura , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan