MCA: Kami Bantah Sebab Di Sebalik Himpunan 355

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 4:57 PM

Ti Lian Ker

Ti Lian Ker.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA tidak membantah terhadap hak PAS untuk mengadakan perhimpunan, tetapi bantahan dibuat disebabkan sebab ia diadakan, kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

"Kita membantah terhadap perkara yang menjadi tujuan perhimpunan itu, yang mana kita percaya ia boleh mengakibatkan perpecahan di negara ini," kata Lian Ker dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, keraguan MCA terhadap cadangan PAS untuk mengadakan perhimpunan adalah kemungkinan sentimen keagamaan akan berlakunya seruan atau provokasi berkaitan dengan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355. 

Lian Ker yang juga anggota jawatankuasa pusat MCA mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa MCA tidak sepatutnya membantah PAS mengadakan perhimpunan.

Beliau berkata, kenyataan Nazri bertentengan dengan semangat formula kejayaan BSN mengenai permuafakatan dan muhibah pelbagai kaum.

"Nazri seharusnya sedar bahawa perhimpunan ini akan membabitkan agama, dan boleh menjejaskan keamanan yang dihargai dan dikehendaki rakyat Malaysia," katanya.

"Apa jaminan PAS bahawa perhimpunan ini tidak akan menyentuh sentimen emosi dengan kegilaan politik terhadap penentang enakmen itu?" soalnya.

Lian Ker berkata, MCA tidak membantaj Islam, dan parti itu sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, MCA akan menentang mana-mana perundangan atau niat jangka panjang untuk menjejaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di negara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ti Lian Ker , MCA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan