Raja Muda Perlis Lancar Promosi Makanan Perlis Di Selatan Thai

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

PHANG NGA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Ahad melancarkan promosi masakan Perlis di Restoran Panyee Muteara Seafood, Pulau Panyee di sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Majlis turut dihadiri Naib Gabenor Wilayah Phang Nga, Ekkarat Leesen.

Promosi itu adalah anjuran restoran tersebut bersempena program 'Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis' (MAIPs) ke Wilayah Andaman dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Pejabat Tourism Malaysia Perlis dan Restoran Shamiza Kampung Gial, Arau.

Pulau Panyee merupakan destinasi keenam promosi tersebut dilancarkan oleh Tuanku Syed Faizuddin selepas Songkhla, Hat Yai, Satun, Krabi dan Phuket.

Antara menu yang dipromosikan ialah kurma daging Bukit Keteri, pekasam goreng Timah Tasoh, kari ketam dan nanas Sungai Baharu, ayam masak rose Wang Burma, pajeri nanas Sungai Batu Pahat serta gulai tulang dan rebung Tambun Tulang.

Baginda turut menyerahkan sumbangan YTSP Perlis sebanyak RM2,000 untuk membantu pelajar miskin di Pulau Panyee serta sumbangan RM20,000 kepada Tabung Pembinaan Sekolah Agama Panyee Darussalam.

Pada majlis itu, baginda melancarkan promosi sama di Hotel Twin Lotus, Nakhon Si Thammarat bersempena 'Malam Puisi Islam' anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama MAIPs yang dihadiri kepimpinan komuniti Islam tempatan serta Naib Gabenor Wilayah Nakon Si Thammarat, Sakon Jantarak dan Ketua Polis, Adisa Tepwan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan