Kakitangan KKLW Jangan Patah Semangat - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 8:20 PM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak seharusnya patah semangat dengan kes rasuah yang membabitkan kementerian itu, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya tahu pada awal tahun ini, semangat kita jatuh disebabkan insiden yang mendukacitakan. Tetapi saya harap ia tidak mematahkan semangat semua," katanya ketika berucap pada Isnin.

Tambah Ismail Sabri, kakitangan kementerian seharusnya bekerja keras bagi memastikan semua projek dan program dapat dilaksanakan bagi memanfaatkan rakyat.

"Anda perlu terus bekerja keras bagi memastikan semua projek kita dilaksanakan.

"Agenda terbesar bagi kita adalah membantu memakmurkan rakyat," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kes rasuah baru-baru ini membabitkan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Mohd Arif Ab Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membantu siasatan.

Dua anak lelaki Mohd Arif turut ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan