Jalan Keluar-Masuk Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem Dibuka Petang Ini

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 1:29 PM

Fadillah Yusof.

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Jalan keluar-masuk Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada 5 petang Isnin.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jalan itu menyediakan laluan lebih mudah dan cepat dari Kuala Lumpur (KL) ke Kundang serta kawasan sekitarnya di utara Selangor.

Jalan sepanjang 3.1km itu mula dibina pada tahun 2012 dan siap pada 5 Jan lalu dengan kos pembinaan kira-kira RM30 juta.

"Melalui laluan dari Plaza Tol Rawang Selatan di PLUS, jarak dan masa perjalanan dari ibu negara akan dikurangkan kira-kira 10km atau 15 minit," katanya dalam ucapan selepas melawat dan seterusnya merasmikan pembukaan jalan itu di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ketua Pengarah LLM Datuk Ir Ismail Md Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad Datuk Lin Yun Ling dan Pengarah Eksekutif Gamuda Land Datuk Abdul Sahak Safi.

Fadillah berkata jalan baru itu akan memberi kesan berganda kepada ekonomi penduduk tempatan kerana laluan sambungan itu dijangka menarik lebih banyak pelaburan dan pembangunan baharu di kawasan itu.

"Jalan yang terletak di persimpangan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan PLUS itu juga akan mendorong lagi pembangunan pesat di kawasan sekitar Kundang dan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk," katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata jalan itu juga akan menyediakan laluan sambungan terus ke tapak pembangunan Gamuda Gardens iaitu kawasan pembangunan bercampur seluas 328 hektar dengan Nilai Pembangunan Kasar melebihi RM10 bilion.

"Gamuda Land telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Gamuda Gardens yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan berkenaan di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan," katanya.

Sementara itu Fadillah ketika ditemui pemberita, berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berkenaan kejadian runtuhan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, KL.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang pada 30 November tahun lalu, jejambat dalam pembinaan sepanjang 70m yang menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley, itu runtuh, menyebabkan seorang pekerja maut di lokasi kejadian manakala lima yang lain dilapor cedera. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kuang Sistem , Fadillah Yusof

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan