Agenda Jatuhkan BN Tetap Diteruskan - Mohd Amar

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Hubungan baik antara PAS dan Umno tidak boleh disalah anggap sebagai usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tetapi sekadar sebahagian daripada manfaat politik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

"Agenda untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional masih diteruskan dan kali ini PAS akan menggunakan kaedah berbeza.

"Keputusan untuk memantau rapi hubungan antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan keputusan yang dibuat secara bersama oleh parti dan bukannya keputusan presiden sendiri," katanya.

Selain itu, Mohd Amar berkata, situasi kini memihak kepada PAS dalam landskap politik dan adalah tidak adil sekiranya mereka "menikam musuh yang telah jatuh atau sedang mati".

Mohd Amar yang merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata, PAS negeri itu yakin untuk memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menolak dakwaan yang mengatakan pihaknya akan tewas di negeri tersebut ekoran kerjasama dengan Umno.

"Berdasarkan sokongan akar umbi, saya memiliki keyakinan tinggi bahawa kami mampu membentuk kerajaan selepas PRU14.

"Kami tidak akan menyertai barisan pembangkang dan kami juga sedia berdepan pertembungan tiga hala untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan walaupun kami lebih berharap pertembungan satu lawan satu dengan Umno," katanya.

Seperkara lagi, Mohd Amar menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'liabiliti' kepada Pakatan Harapan.

Katanya, PAS tidak akan mendengar sebarang pandangan daripada Mahathir ekoran sikap ego dan degil beliau.

"Saya tertanya-tanya bagaimana beliau mahu meyakinkan PAS untuk menyertai pembangkang apabila pendirian kami sangat jelas bahawa kita tidak akan mempunyai kerjasama dengan DAP dan Amanah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mohd Amar Abdullah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan