MOF Jelaskan Pengecualian Cukai Untuk Badan Agama

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan pada Isnin menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama, sebaliknya untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata pindaan itu terpakai bagi semua badan agama termasuk Islam dan bukan Islam untuk melayakkannya dikecualikan daripada membayar cukai bermula dari taksiran tahun ini.

"Pengecualian cukai (terhadap badan agama) adalah suatu cara bagi kami untuk memastikan pendapatan, seperti daripada derma, digunakan untuk tujuan amal dan mengajar ilmu agama serta beribadat.

"Ini untuk mengelak pihak tertentu daripada menyalahgunakannya bagi tujuan lain dengan bertopengkan badan agama," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai Bajet 2017 di sini.

Pindaan terhadap akta itu, yang menyebabkan banyak badan agama keliru terutama dalam kalangan badan agama bukan Islam, melibatkan perenggan 13(1)(b) Jadual 6 Akta berkenaan yang menyatakan bahawa pengecualian cukai hanya terpakai bagi sumbangan, yang diterima pertubuhan dan institusi agama  bukan mencari keuntungan, digunakan hanya untuk tujuan amal.

Othman berkata pindaan terhadap akta itu boleh mengatasi kebimbangan bahawa derma yang diterima digunakan untuk membiayai aktiviti militan.

Beliau memberitahu ada individu yang memperoleh pendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak mengisytiharkan pendapatan mereka kerana mereka bekerja dengan badan agama yang dikecualikan daripada membayar cukai. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Othman Aziz , Kementerian Kewangan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan