MARA Catat Keuntungan Keseluruhan RM31 Juta

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 7:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperoleh keuntungan keseluruhan bernilai RM31 juta berdasarkan penyata kewangan institusi itu akhir 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keuntungan tersebut dijana menerusi perolehan RM1.3 bilion dan beliau menjelaskan bahawa dana permulaan bernilai RM700 juta hasil sumbangan MARA serta kerajaan menjana pulangan RM51 juta bagi tempoh dua tahun.

Tambahnya, sebanyak RM30 juta daripada keuntungan dana permulaan akan disalur untuk membiayai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan dalam dan luar negara.

"Kita akan perkasakan usaha penajaan menerusi Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi memastikan calon yang layak mendapat pembiayaan tidak tercicir daripada arus pendidikan kerana mempunyai masalah kewangan.

"Dana permulaan ini adalah gabungan sumbangan antara MARA dan kerajaan, masing-masing RM500 juta dan RM200 juta untuk manfaat melanjutkan pelajaran.

"Setakat ini, MARA menyasarkan keuntungan daripada dana permulaan berupaya menyumbang RM30 juta setahun supaya kita boleh terus membiayai pelajar tanpa perlu bantuan kewangan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri `Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat' di sini, petang Isnin.

Sementara itu, Annuar berkata, angka keuntungan MARA boleh ditingkatkan lagi sekiranya institusi tersebut meningkatkan tahap prestasinya.

Jelasnya, menerusi inisiatif dan kreativiti untuk meneroka pasaran perniagaan baharu di peringkat antarabangsa, MARA mampu menjana lebih banyak keuntungan dengan membuka peluang kepada usahawan Bumiputera bersaing di peringkat global.

"MARA bukan sekadar insitusi menjana keuntungan semata-mata tetapi memikul amanah dalam memacu kadar sosioekonomi Bumiputera.

"Produk dan pasaran baharu ini boleh dibuka kepada penyertaan usahawan Bumiputera yang sebelum ini berdepan halangan untuk menembusi peringkat antarabangsa berikutan kekangan kewangan," katanya.



Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , MARA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan