Himpunan RUU355 Perlu Patuhi Undang-Undang - KPN

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan 'Himpunan 355' diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur perlu mematuhi syarat seperti mendapatkan kebenaran pemilik tempat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merujuk kepada perhimpunan yang dilapor di rancang oleh PAS.

"Jika mereka mematuhi semua syarat Akta Perhimpunan Aman, polis akan 'facilitate' (mudahkan), tapi jika mereka tidak patuhi syarat-syarat kita akan melarang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis serah terima tugas Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada Isnin.

Pada majlis berkenaan SAC Shamsudin Mat dilantik sebagai Komandan Pulapol yang baharu menggantikan Datuk Zahari Mohd Yusoff yang bersara wajib mulai esok.

 Ditanya sama ada penganjur telah membuat permohonan, Khalid berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

PAS dilapor mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Sementara itu Khalid berkata insiden pergaduhan yang mengakibatkan lima warga Myanmar maut dan dua rakan mereka cedera parah di Kawasan Perindustrian Sri Serdang dekat ini pada 5 Jan lepas dipercayai bermotifkan dendam.

"Kami percaya ini disebabkan pergaduhan domestik. Selebihnya biarlah polis siasat," katanya.

Beliau juga berkata polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan salah guna media sosial terhadap sesiapa terlibat menyebarkan kes penculikan kanak-kanak secara pukau didalangi warga emas. 

Pada Ahad, polis Kuala Lumpur menafikan terdapat kejadian kes penculikan berkenaan yang didakwa berlaku di beberapa pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, tersebar di laman sosial kes wanita warga emas yang didakwa menculik kanak-kanak secara pukau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , RUU355

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan