CNN Iktiraf Pulau Pinang Antara 17 Lokasi Perlu Dikunjungi

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 6:01 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dinamakan sebagai satu daripada 17 destinasi yang harus dikunjungi pada tahun 2017 oleh stesen penyiaran Amerika Syarikat, CNN.

Negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara itu diletakkan di tangga kedua di belakang Prince Edward Island, Kanada dan merupakan antara tiga destinasi di  Asia yang tersenarai dalam carta tersebut selain Thailand dan China.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pengiktirafan itu akan menjadi perangsang kepada sektor pelancongan negeri yang kini terkenal di peringkat antarabangsa.

"Saya berterima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana beliau banyak mempromosikan produk pelancongan di negeri ini di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Setiap destinasi dalam senarai itu dipilih oleh pakar-pakar pelancongan CNN di serata dunia mengenai tempat kegemaran mereka.

Ini bukan kali pertama Pulau Pinang yang terkenal sebagai syurga makanan itu mendapat pengiktirafan.

Sebelum ini bandaraya George Town dinamakan oleh Forbes sebuah Majalah Perniagaan Amerika Syarikat, sebagai 10 destinasi pelancongan bajet terbaik untuk tahun 2016 dan Los Angeles Times memilih George Town antara 16 destinasi yang harus dikunjungi pada tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Pulau Pinang , CNN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan