Tun M Perlu Sedar Realiti 'Dunia Baharu' - Salleh

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 8:11 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Globalisasi ada kebaikannya dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar tentang realiti 'dunia baharu' ini, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kenyataan Dr Mahathir menunjukkan beliau masih berfikir mengikut 'cara lama' dan tidak menyedari bahawa dunia sudah berubah sejak beliau tidak lagi menjadi perdana menteri 14 tahun lepas.

Mengulas tentang catatan Dr Mahathir dalam laman blog beliau baru-baru ini, Salleh berkata sejak 1990-an, China, yang merupakan gergasi tidur selama beratus tahun, tiba-tiba bangun dan tiada apa yang dapat menyekat mereka daripada terus bangkit.

"Adalah perbuatan sia-sia untuk cuba menyekat kemaraan China yang begitu hebat, samalah seperti sia-sianya menyekat penjajahan Barat 500 tahun lepas.

China sedang mara dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka.

"Di merata dunia, China membuat pelaburan, menjalin kerjasama dan membeli aset, berbeza dengan sebelum ini. Ia merupakan suatu fenomena yang negara seperti Malaysia patut terima atau akan ketinggalan dan lenyap," kata Salleh dalam catatan melalui blognya http://sskeruak.blogspot.my/ Ahad.

Beliau berkata Malaysia maklum bahawa selain mempunyai kebaikan, globalisasi juga mewujudkan dunia tanpa sempadan dan bermakna berakhirnya perlindungan.

"Janganlah mengharapkan FDI atau wang mengalir masuk ke negara anda, tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kawalan terhadap aset tertentu.

"Inilah realiti 'dunia baharu' dan Mahathir perlu menyedarinya. Alternatif lain ialah mengamalkan dasar pintu tertutup dan melangkah ke belakang serta terus miskin," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan