Banjir: Lima Sekolah Di Kelantan, Dua Di Terengganu Ditutup Esok

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 10:41 PM

Kelihatan dua kanak-kanak bermain air banjir di Kampung Simpangan, Tumpat, yang dilanda banjir Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Lima sekolah di Tumpat dan Pasir Mas ditutup pada Isnin berikutan keadaan banjir belum pulih di jajahan berkenaan.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dalam satu kenyataan berkata tiga sekolah ditutup di Tumpat manakala dua sekolah di Pasir Mas.

Sekolah yang ditutup di Tumpat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan dan SK Bendang Pa' Yong manakala di Pasir Mas ialah SABK Al Falah Siram dan SK Bakong.

Penutupan sekolah terbabit sama ada laluan ke sekolah masih ditenggelami air banjir dan berbahaya kepada murid serta guru, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Di TERENGGANU hanya dua sekolah rendah akan ditutup esok ekoran dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Katanya sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong dan SK Kampung Gemuroh, kedua-duanya di Kuala Nerus.

"Penutupan dua sekolah itu melibatkan 765 murid, 66 guru dan 12 kakitangan lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.
Tags / Kata Kunci: banjir 2017 , sekolah tutup

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan