Pengangkutan Percuma Untuk Pelajar Miskin Di Kota Belud - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:52 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan bersama salah sebuah van yang akan membawa pelajar-pelajar miskin di Kota Belud ke sekolah secara percuma. -foto FB

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyediakan pengangkutan percuma kepada pelajar-pelajar miskin di Kota Belud, Sabah telah menjadi kenyataan.

"Dari dulu lagi saya impikan untuk membantu pelajar-pelajar miskin untuk mendapatkan pengangkutan percuma ke sekolah terutamanya untuk pelajar-pelajar yang terpaksa berjalan kaki berkilo-kilometer ke sekolah.

"Akhirnya impian saya tercapai bila saya lancarkan program pengangkutan percuma ke sekolah kepada beberapa sekolah di Kota Belud yang telah dikenal pasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjadi penerima enam buah van, sebuah pikap dan 200 buah basikal," kata Abdul Rahman dalam posting Facebooknya, Ahad.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pelajar perlukan badan dan minda yang segar untuk menghayati pembelajaran di sekolah.

"Bila mereka letih berjalan kaki berkilo-kilometer untuk ke sekolah, sebenarnya kita menidakkan peluang mereka untuk mendapatkan pembelajaran yang sempurna," katanya.

Beliau menambah jika program di bawah Unit Perancang Ekonomi dan Yayasan Peneraju Pendidikan ini berkesan terutamanya dari segi penyelenggaraan kenderaan dan tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa dan Guru, program ini akan dikembangkan ke seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan