Himpunan 355: Pemuda Gerakan Sambut Baik Keputusan DBKL

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:35 PM

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (tiga, kanan) ketika sidang media pada Sabtu, mengumumkan penganjuran Himpunan 355 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 18 Februari ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Undang-Undang Pemuda Gerakan Chai Ko Thing mengalu-alukan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang PAS daripada mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ko Thing berkata walaupun Gerakan menghormati hak untuk berhimpun secara bebas, adalah tidak sesuai apabila PAS memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

"PAS merancang untuk mengadakan perhimpunan besar dan lain-lain himpunan yang seakan-akan sama dengan Bersih, ia boleh menyebabkan gangguan awam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ko Thing berkata motif di sebalik perhimpunan itu adalah 'sangat mencurigakan' kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan ke atas pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Beliau menambah bahawa memandangkan kerajaan akan mengambil alih perkara ini masa akan datang, tiada sebab untuk PAS mengadakan perhimpunan mega tersebut untuk mempamerkan kekuatannya.

Beliau yang juga Penyelaras Gerakan Bukit Gasing berkata perhimpunan itu juga akan menjejaskan hubungan harmoni antara orang Islam dan bukan Islam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan