4,695 Orang Masih Di Pusat Pemindahan Banjir Kelantan Pagi Ahad

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 9:05 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menanyakan sesuatu kepada Rusdi Yakub,49, yang mengalami masalah strok ketika lawatan beliau ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan di Tumpat, Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada 4,695 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,770 pada Sabtu malam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, 14 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di jajahan Tumpat dan Pasir Mas. 

Jumlah mangsa paling ramai ialah di Tumpat dengan 2,794 orang daripada 943 keluarga di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,901 mangsa daripada 639 keluarga di tujuh pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.87 meter berbanding 9.15 meter, Sabtu malam.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.53 meter berbanding 12.83 meter malam tadi tetapi masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan