Melaka Tangani Masalah Monyet Berkeliaran

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:00 AM

Sebahagian monyet yang dikesan berkeliaran di sekitar Batu Beremdam, Melaka hingga mengganggu penduduk setempat.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan negeri sedang berusaha menangani masalah monyet berkeliaran yang mengganggu penduduk di beberapa kawasan sekitar negeri ini hingga membawa kepada 51 laporan polis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron meminta semua pihak yang memiliki kepakaran dapat menyarankan langkah untuk memindahkan haiwan itu ke habitat semulajadinya.

"Bukan sahaja Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang akan memindahkan monyet itu, tetapi juga pakar haiwan itu.

"Haiwan itu tidak sepatutnya dicederakan atau dibunuh. Jadi, kami memerlukan pihak NGO yang menjurus kepada penjagaan haiwan untuk memberi input dan kepakaran," katanya.

Antara laporan polis yang dibuat tahun lalu termasuk aduan monyet menyerang penunggang motosikal dan mencuri barangan penduduk setempat.

Idris turut mengakui haiwan itu turut berkeliaran di Sungai Udang termasuk menyambar barangan yang dibawa penduduk di situ.

Salah satu kes yang berlaku Ogos lalu di mana sekumpulan monyet itu menyerang posmen dan membawa lari surat yang perlu dihantar kepada penerima.

Pada 21 April lalu pula, seorang nenek berusia 71 tahun di Kampung Chin Chin retak pergelangan tangan kanan apabila sekumpulan monyet 'menyerangnya' ketika memberi ayamnya makan.

Susulan itu, polis Melaka telah merujuk laporan mangsa kepada Perhilitan.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, pihaknya maklumkan masalah yang dihadapi melibatkan haiwan itu.

"Kami perlu menanganinya tanpa mengingkari hak haiwan berkenaan," katanya.

Katanya, pihaknya ada memasang perangkap di beberapa kawasan bagi mengelak penggunaan senjata yang boleh menyebabkan haiwan itu cedera atau terbunuh.

Tags / Kata Kunci: Perhilitan , monyet

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan