Kes Ketiga Kanak-Kanak Terpotong Kemaluan Ketika Berkhatan Disiasat

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 9:34 PM

Dr Noor Hisham Abdullah.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan secara ramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 November lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.


"Semua pengamal kesihatan yang menjalankan prosedur berkhatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kompetensi dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan prosedur ini.

"Mereka diingatkan bahawa sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing pengamal kesihatan," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Beliau mengulas kejadian yang melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dibawa ke Hospital Selayang dua hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan beramai-ramai itu.

Menceritakan kes itu, Dr Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anaknya mengalir keluar daripada lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.

"Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti yang dilaporkan akhbar.

"Ibu bapa diberi penjelasan oleh Pakar Pembedahan Urologi Kanak-kanak bahawa rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan setelah saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar," katanya.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu memutuskan untuk mendapat pandangan daripada pakar lain di hospital swasta dan telah menandatangani pelepasan keluar dari hospital atas tanggungan risiko sendiri.

"Pihak Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh datang semula untuk mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa," katanya.

Kejadian berkenaan merupakan kejadian ketiga setelah dua kes berlaku pada Disember lepas.

Kes pertama melibatkan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertenghan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan