Isu Babitkan Anina Tak Jejas PPBM - Ahli MT

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:19 PM

Anina Saadudin

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Isu skandal seks yang didakwa membabitkan ahli pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tidak akan menjejaskan pengambilan ahli, kata ahli Majlis Tertinggi parti, Marzuki Yahaya.

Marzuki berkata, isu yang melibatkan Anina hanyalah satu salah faham.

"Ia hanya satu salah faham kecil yang mana kepimpinan telah pun membuat penjelasan.

"Mereka yang merancang untuk menyertai parti ini tidak akan terpengaruh dengannya dan tuduhan-tuduhan lain terhadap kita," katanya kepada pemberita di Kampung Tok Sani di sini, Ahad.

Marzuki berkata demikian sebagai mengulas sama ada isu skandal yang didakwa itu telah menjejaskan kemajuan dan pengambilan ahli parti yang baharu berusia empat bulan ini.

PPBM dilaporkan berdepan kemelut di awal kemunculannya yang menyaksikan Anina dipecat daripada jawatan ketua Srikandi.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina itu berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai anggota majlis tertinggi dalam parti.
Tags / Kata Kunci: skandal seks , PPBM , Anina Saadudin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan