Elaun Pengerusi, Setiausaha JKKK Dibayar Menerusi Bank Mulai Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

Elaun Pengerusi, Setiausaha JKKK Dibayar Menerusi Bank Mulai Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 6:12 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Lebih 33,000 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara akan menerima elaun bulanan menerusi akaun bank masing-masing mulai tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini pembayaran dibuat secara tunai oleh agensi di bawah kementerian itu dan proses pembayaran itu didapati lewat antara satu hingga dua bulan.

"Mereka akan menerima elaun masing-masing sama dengan tarikh penjawat awam  menerima gaji bulanan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis pembayaran elaun kepada 176 pengerusi dan setiausaha JKKK peringkat Parlimen Pasir Puteh di sini, Ahad.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman dan anggota DUN Selising, Zulkifli Ali.

Ismail Sabri berkata mereka akan menerima elaun baharu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017 iaitu pengerusi sebanyak RM900 manakala RM400 bagi setiausaha.

Ismail Sabri berkata bagi pembayaran elaun kehadiran mesyuarat bagi kira-kira 200,000 anggota JKKK yang lain, elaun mereka akan dibayar oleh agensi di bawah kementerian itu seperti biasa.

Beliau berkata di Kelantan sahaja, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM22 juta untuk pembayaran elaun pengerusi, setiausaha dan anggota JKKK setiap tahun.

Ismail Sabri berkata inisiatif kerajaan itu adalah bagi memperkemas dan memperkasakan peranan JKKK untuk memajukan kampung selain membantu kerajaan dalam memperjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

"Mereka juga perlu berani mematahkan hujah dan fitnah yang dilemparkan pembangkang untuk memburuk-burukan pemimpin dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan