Kamera AES Di Tujuh Lokasi Kemalangan Maut

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di tujuh lokasi kemalangan yang dikenal pasti, termasuk di Pagoh, di mana nahas bas ekspres baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Sin Chew Daily, Tiong Lai berkata, lebih banyak kamera AES akan dipasang di kawasan lain jika mendapat permintaan.

"Kementerian akan hanya memasang kamera AES berdasarkan permintaan daripada pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan atau orang awam.

"Kami tidak memasang kamera ini sewenang-wenangnya," katanya kepada akhbar harian berbahasa Cina itu.

Tiong Lai menambah, selain dari Pagoh di Johor, Kampar di Perak juga dilengkapkan dengan kamera AES.

Beliau berkata, setakat ini ada 14 kamera AES yang beroperasi, sekali gus menolak dakwaan di media sosial bahawa 200 kamera itu akan dipasang di seluruh negara.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Sabtu, Tiong Lai berkata, kementeriannya berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Nisbahnya, kata beliau telah menurun antara empat dan lima kematian untuk setiap 10,000 kenderaan pada 1010 kepada 2.5 kematian ketika ini.

Tambah Tiong Lai, terdapat 19 juta kenderaan di negara ini dengan 400,000 hingga 500,000 pemandu baharu setiap tahun.

Tambah beliau, peningkatan kadar kematian akibat kemalangan mencecah kira-kira 6,000 setahun dan semua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk mengurangkan kemalangan maut.

Tags / Kata Kunci: AES , Pagoh

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan