Tiada Infestasi Tikus Di 7-E Kelana Centre Point - KP Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Tiada Infestasi Tikus Di 7-E Kelana Centre Point - KP Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 8:31 AM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan di kedai 7-Eleven di Kelana Centre Point, Petaling Jaya, tidak menunjukkan sebarang infestasi tikus di sana, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pemeriksaan itu dijalankan selepas gambar yang menunjukkan tikus memasuki mesin pemanas makanan di kedai serbaneka itu menjadi viral dan menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian sedar tentang isu itu dan hasil siasatan menunjukkan bahawa kabinet kaca seperti dalam gambar yang menjadi viral itu ditutup rapat sepenuhnya.

"Kementerian memandang serius semua perkara berkaitan keselamatan makanan.

"Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan terdekat atau melayari laman web kementerian atau Facebook bagi mengakses Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika ada aduan mengenai keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Gambar itu, yang dimuat naik dalam laman Facebook, menunjukkan seekor tikus berada di atas sosej dan bebola ikan dalam mesin pemanas makanan. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 2 Januari.

Beliau juga berkata kementerian telah menjalankan sebanyak 126,086 pemeriksaan di premis makanan dari Januari hingga November tahun lepas.

Hasil pemeriksaan, 146 premis makanan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana kehadiran tikus dan 91 kompaun mengikut Akta Makanan 1983 dikeluarkan, katanya.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan