SPRM Rampas Wang Tunai RM550,000 Di Rumah KSU

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM550,000 di rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semalam.

Menurut sumber SPRM, wang tunai yang dirampas di rumah Datuk Mohd Arif Ab Rahman itu merupakan mata wang asing British Pound, Euro dan Dolar Singapura.

"Wang tersebut telah disembunyikan oleh salah seorang anak suspek di dalam rumahnya di USJ, Subang Jaya. 

"Kita telah merakamkan percakapan anak suspek tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut.

Tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.

Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta telah dirampas dan disita setakat ini oleh SPRM, susulan penahanan Mohd Arif, 59, di kediamannya di USJ, Subang Jaya, dekat sini pada Rabu manakala dua anak lelakinya yang berusia29 dan 34 tahun ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM pada Rabu.  

KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula Jumaat sehingga 11 Januari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: KSU , Wang tunai , SPRM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan