Rombakan Untuk Kembalikan Kedudukan Felda - Shahrir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal menyaksikan rombakan pengurusan dalam usaha agensi itu mengembalikan kedudukannya untuk meningkatkan kesejahteraan dan menyelesaikan permasalahan warganya masa kini.

Pengerusi yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata langkah itu termasuk meneliti semula barisan anggota lembaga pengarah untuk memberi nafas baharu dan nilai tambah kepada proses rombakan itu sendiri.

Beliau berkata, selain itu, model perniagaan Felda ketika ini juga perlu diteliti semula secara keseluruhan.

Bagaimanapun, katanya, rombakan tersebut perlu munasabah dan sesuai dengan matlamat yang mahu dicapai, terutama dalam mengembalikan kesejahteraan hidup warga Felda supaya lebih terjamin pada masa hadapan.

"Anggota lembaga (pengarah) Felda mesti kuat, dan mesti memahami tentang segala kekuatan dan kelemahan Felda. Jadi, barulah kita tahu ke mana hala tuju Felda," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Antara yang menjadi kebimbangan peneroka Felda adalah dari segi pendapatan, beban hutang dan perumahan generasi kedua.

Ketika ditanya sama ada beliau turut melihat kepada penyahsenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada masa hadapan, beliau berkata: "kita kena tengok dulu. Dari segi faedah dan risiko serta impaknya kerana pasti ada pelbagai pandangan daripada semua pihak. Kita kena lihat pelbagai pilihan yang ada".

Ketika ini, Felda merupakan pemegang saham majoriti dalam FGV iaitu sebanyak 20 peratus.

Mengenai pelantikan sebagai pengerusi Felda, Shahrir berkata antara perancangan awal beliau ialah melakukan lawatan kerja ke kawasan rancangan, selain bertemu pengurusan Felda mulai Ahad.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan beliau dalam keadaan Felda dan kerajaan dikritik pihak tertentu, Shahrir berkata, beliau amat menghargai peluang itu untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi warga Felda.

"Biasalah, orang cakap lebih mudah. Kalau kita nak kritik, nak katakan Felda ini tak baik, itu ini masalah, bercakap lebih mudah.

"Tetapi, saya sebenarnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyelesaikan masalah bukannya setakat bercakap tapi berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan," katanya.

Shahrir dilantik ke dalam Felda selepas tempoh khidmat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi tamat pada 31 Disember, 2016.

Mohd Isa bagaimanapun kekal sebagai Pengerusi FGV. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Felda , Tan Sri Shahrir Abdul Samad

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan