Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 11:30 AM

Mangsa banjir terpaksa menggunakan bot untuk berulang alik ke jalan utama setelah kawasan rumah mereka dilanda banjir akibat limpahan Sungai Nerus di Kampung Lapang Sira, Kuala Nerus, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,473 orang daripada 364 keluarga di lapan pusat pemindahan setakat 8 pagi Sabtu berikutan pertambahan mangsa di Kuala Terengganu.

Malam tadi, jumlah mangsa berkurangan iaitu 1,238 orang daripada 316 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, jumlah mangsa di Kuala Terengganu meningkat kepada 1,199 orang daripada 286 keluarga berbanding 955 mangsa daripada 235 keluarga malam tadi.

Satu pusat pemindahan juga baru dibuka di daerah terbabit iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak menjadikan jumlah keseluruhan empat pusat pemindahan masih dibuka di Kuala Terengganu.

Dijangka mangsa banjir di Kuala Terengganu akan terus bertambah kerana proses limpahan air sungai dari hulu yang mengalir ke laut sedang berlaku ketika ini.

Di Dungun, jumlah mangsa banjir menurun kepada 208 mangsa daripada 60 keluarga berbanding 217 mangsa daripada 63 keluarga malam tadi yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Dewan Sivik Paka dan SK Durian Mentangau.

Dua lagi daerah kekal tidak berubah iaitu Marang (39 mangsa daripada 13 keluarga) di SK Pasir Putih dan Setiu (27 mangsa daripada lima keluarga) di Surau Kampung Nyatoh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata operasi gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang ditenggelami air akan diteruskan hari ini dan dijangka semua sekolah boleh dibuka seperti biasa esok.

"Banjir yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan sesi persekolahan di 65 sekolah di Terengganu terjejas kerana laluan ke sekolah ditenggelami air dan ada sebahagian sekolah di kawasan rendah turut dinaiki air.

"Jabatan ini sangat berterima kasih kepada banyak pihak yang sanggup turun padang bersama-sama masyarakat setempat untuk memastikan sekolah dapat beroperasi seperti biasa secepat mungkin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan