Kementerian Tidak Putus Asa, Usaha Kurangkan Kemalangan Maut

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan menggerakkan lebih 1,400 pegawai menjelang perayaan Tahun Baharu Cina bagi mengelak insiden 279 kemalangan maut yang dicatatkan tahun lepas berulang.

Selain itu, beberapa langkah lain juga akan diambil termasuk mengadakan sekatan di sepanjang lebuh raya, pemeriksaan mengejut di terminal bas, malah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan menyamar sebagai penumpang bas.

Pada 2016 terdapat lebih 7,000 kematian di jalan raya, yang tertinggi direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun dan ia mengejutkan kementerian dan pihak berkuasa berkaitan.

JPJ akan melancarkan kempen Ops Jalan dari 21 Januari dan berakhir pada 6 Februari ini.

Tahun Baharu Cina akan diraikan pada 28 dan 29 Januari dengan kebiasaannya ramai rakyat Malaysia mengambil cuti selama seminggu pada musim perayaan.

Dijangka, ramai yang akan pulang ke Lembah Klang pada awal Februari.

Pegawai bertugas akan menahan kereta dan bas secara rawak di jalan raya untuk memeriksa lesen pemandunya atau sama ada kenderaan itu diselia dengan baik.

JPJ akan menempatkan 1,400 pegawainya semasa Tahun Baharu Cina.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pegawai bertugas akan membuat beberapa sekatan, menjalankan pemeriksaan rambang di lebuh raya, terminal bas dan menyamar sebagai penumpang, dalam usaha mengurangkan bilangan kemalangan melibatkan perkhidmatan awam dan kenderaan persendirian.

Beliau mengimbas nahas di Johor pada malam Krismas tahun lalu yang meragut 14 nyawa, sekali gus menunjukkan bahawa lebih banyak langkah perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan orang awam di jalan raya.

"Amat mengecewakan walaupun selepas banyak kempen dilakukan, jumlah kematian masih tinggi.

"Kami berjaya menurunkan jumlah kematian di jalan raya dalam tempoh lima tahun lalu tetapi menjangkakan apabila angka rasmi bagi 2016 dikeluarkan, ia akan mencecah angka purata," katanya.

Pada 2015, terdapat kira-kira 489,600 kemalangan jalan raya dan 476,200 pada 2014. Secara purata, kira-kira 6,000 orang maut di jalan raya Malaysia setiap tahun atau kira-kira 16 orang sehari.

Tiong Lai berkata rekod sepanjang 2016 mencatatkan lebih dari 7,000 kematian.

JPJ menjalankan dua kempen Ops Jalan berskala kecil semasa Krismas dan Malam Tahun Baharu baru-baru ini dan mengeluarkan 16,541 saman kepada pengguna jalan raya serta pemandu bas.

"Kami akan menjalankan kempen bersama pihak polis dan Kementerian Kerja Raya. Kami mahu orang ramai selamat pada Tahun Baharu Cina ini," kata Tiong Lai.

Beliau berkata 60 peratus daripada semua kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh kesilapan manusia, bukannya kenderaan atau keadaan jalan yang rosak.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan