Doakan Faiz Harumkan Nama Malaysia - Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Subri Kader berharap rakyat Malaysia terus mendoakan supaya anaknya, Mohd Faiz mampu mengharumkan nama negara dengan meraih Anugerah Puskas Fifa untuk gol tercantik di dunia.

"Mudah-mudahan dengan izin Allah serta berkat doa semua peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan, harapan itu dapat direalisasikan," kata Subri ketika dihubungi Bernama.

Beliau berharap peristiwa itu sedikit sebanyak boleh menjadi suntikan semangat untuk rakyat Malaysia agar terus mencipta nama di persada antarabangsa.

Walaupun tidak dapat bersama Mohd Faiz ke Zurich, Switzerland untuk majlis anugerah itu, Subri berkata beliau yang menetap di Ayer Hitam, Kedah akan menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Sabtu.

"Pakcik akan mengikuti siaran langsung majlis anugerah itu di televisyen," katanya.

Menyentuh mengenai jaringan gol anaknya itu, Subri menyifatkan ia adalah hasil penat lelah Mohd Faiz sendiri yang sentiasa berusaha tanpa jemu.

Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Tags / Kata Kunci: Subri Kader , Faiz Subri , Anugerah Puskas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan