Kanak-Kanak Lelaki Ditinggalkan Sendirian Akan Dijaga Datuknya

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 10:07 AM

Mohamad Adam ditemui dalam keadaan bogel selepas ditinggalkan oleh ibunya di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan awal pagi Jumaat.
 Kanak-kanak ini dipercayai ditinggalkan seorang diri sejak 6 petang Khamis ditemui kira-kira pukul 1 pagi Jumaat dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dijumpai ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibunya akan diletakkan di bawah jagaan sementara datuknya, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar.

Beliau berkata datuk kanak-kanak itu, Ambia Timon, 59, telah menyatakan persetujuan untuk menjaga Mohamad Adam dan dua adik beradiknya.

"Semasa lawatan diadakan, Mohamad Adam kelihatan riang dan sihat dan pemeriksaan fizikal oleh doktor juga mendapati tiada kecederaan atau kesan penderaan pada badannya.

"Melalui perbincangan tadi, datuknya sudi menjaga Mohamad Adam dan kami di pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan memberi bantuan yang diperlukan oleh keluarga ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Tampin di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah JKM negeri Mohamad Hapil.

Katanya tiga adik beradik kanak-kanak itu yang berusia 16, 14 dan 13 tahun, merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak tahun 2011, yang disalurkan atas nama ibunya, dan menurutnya anak sulung wanita itu selama ini dijaga neneknya sebelah bapanya.

"Memandangkan ibunya kini dalam tahanan polis, pihak JKM akan memindahkan bantuan tersebut ke atas nama datuknya, sebagai penjaga sementara yang sah," katanya.

Selain bantuan kewangan, Norhayati berkata pihaknya juga akan membantu Mohamad Adam mendapatkan sijil kelahiran.

"Sijil kelahiran ini penting supaya masa depan Mohamad Adam terjamin dan dia dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya.

Beliau berkata buat masa ini Mohamad Adam masih belum dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu, Ambia yang merupakan peneroka berkata dia akan membawa Mohamad Adam dan dua lagi cucunya tinggal bersamanya di Felda Jelai 1.

"Saya rasa gembira berjumpa Mohamad Adam buat pertama kali dan saya akan menjaga dia sebaik mungkin," katanya.

Ambia berkata, ibu Mohamad Adam yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menceritakan tentang kanak-kanak tersebut kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, kanak-kanak itu yang ditinggalkan seorang diri sejak 6 petang Khamis ditemui kira-kira pukul 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh.

"Pihak polis menerima laporan daripada ketua kampung pada pukul 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.


"Bertindak atas laporan awal, sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut dan menjumpai seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak berbaju sedang menangis," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan