Budak Lelaki 10 Tahun Terpaksa Guna Beg Urin Selepas Berkhatan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 12:19 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Satu lagi kes berkaitan proses berkhatan dilaporkan pada 5 Januari lalu, selepas sebahagian alat sulit seorang budak lelaki berusia 10 tahun terputus dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di sebuah surau di Sungai Buloh, Selangor.

Budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Selayang apabila kemaluannya mengalami pendarahan berterusan selepas dia menjalani prosedur berkhatan pada 25 November lalu yang dikendalikan oleh seorang penolong pegawai perubatan.

Selepas doktor gagal menyambung semula bahagian yang terputus, kanak-kanak itu telah dihantar ke sebuah hospital swasta untuk menjalani tiga lagi pembedahan.

Akibatnya, kanak-kanak itu kini perlu membuang air kecil menggunakan kateter dan perlu membawa bersama beg urin ke mana sahaja dia pergi.

Sebelum ini terdapat dua kes komplikasi berkhatan dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun, apabila sebahagian daripada alat sulit mereka dilapor terputus semasa menjalani prosedur itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan.

Bagaimanapun beliau berkata siasatan terperinci serta menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap kes komplikasi berkhatan dan tindakan penggantungan itu akan dibuat sekiranya terdapat bukti mencukupi bahawa berlaku kecuaian.

"Tindakan kementerian (kesihatan) ada dua iaitu melalui MMC (Majlis Perubatan Malaysia) adakah tindakan itu (prosedur berkhatan) selaras dengan profesionalisme kedoktoran. Kalau dia (doktor) tidak sampai standard, kita boleh ambil tindakan dari segi kecuaian.

"Kedua amalan kesihatan di mana setiap klinik berdaftar mereka ada kewajipan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menjalankan operasi dengan baik, jika ada risiko daripada operasi mereka perlu mengawalnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Anam di sini, Sabtu.

Dr Subramaniam berkata, dua kes komplikasi berkhatan itu sedang dalam siasatan dan kementeriannya akan mengambil tindakan setelah siasatan selesai.

"Kementerian kita lihat daripada dua tindakan tadi, tetapi kalau pihak keluarga mahu ganti rugi dan sebagainya mereka kena ambil kes (bawa kes ke mahkamah), itu luar bidang kementerian," katanya.

Katanya kadar kes komplikasi berkhatan adalah rendah di negara ini dan pernah terjadi pada masa lepas, namun dengan kemajuan teknologi maklumat terutama media sosial, kes ini disebar dengan luas serta pantas sehingga menjadi perhatian umum.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan