Terowong Genting Sempah Ditutup 60 Hari Bermula Selasa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai 8 pagi hingga 5 petang bermula Selasa ini. 

Syarikat Anih Berhad dalam kenyataan pada Jumaat berkata laluan itu perlu ditutup untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong berkenaan.

"Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Januari hingga 16 Februari manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Februari hingga 22 Mac.

"Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

 "Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam," kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di09-5947 111. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terowong Genting Sempah , Ditutup

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan