Sarawak Tolak Dasar 'Kek Halal'

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 11:15 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dasar yang dilaksanakan McDonald's Malaysia untuk hanya membenarkan kek yang disahkan halal dibawa masuk ke dalam premisnya, tidak dialu-alukan di Sarawak.

Setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang, menggesa pengurusan rangkaian makanan segera itu untuk tidak melaksanakan dasar itu ke Sarawak.

Katanya, dasar itu 'sama sekali tidak sesuai' dengan kewujudan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

"Salah satu ciri unik Sarawak adalah keharmonian sepanjang masa dan toleransi dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza. Perpaduan menjadi kebanggaan Sarawak.

"Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pelampau agama atau kaum merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Tiang berkata, untuk mengekalkan keharmonian di negeri ini, kerajaan negeri Sarawak telah menghalang kemasukan mereka yang berfahaman pelampau, fanatik agama dan membawa sentimen perkauman.

Minggu lalu, McDonald's mengesahkan melaksanakan dasar yang menghalang pelanggan daripada membawa kek tanpa sijil halal ke premisnya, selaras dengan syarat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam perkembangan berkaitan, Tiang berkata, cawangan McDonald's di Miri telah menurunkan notis mengenai kek itu selepas menerima arahan daripada ibu pejabat, Khamis.

"Setakat yang saya tahu, cawangan Miri adalah satu-satunya cawangan di Sarawak yang memaparkan notis itu di premis mereka.

"Tindakan segera itu adalah satu langkah yang bijak dan tindak balas positif terhadap bantahan kukuh rakyat Sarawak berhubung dasar itu," katanya.

McDonald's mempunyai tiga cawangan di Miri dan secara keseluruhannya 13 cawangan di Sarawak.


 

Tags / Kata Kunci: dasar kek halal , Mc'Donalds , Jakim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan