Dasar Kek Halal McDonald's Tidak Perlu Dilaksana Di Sabah - Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang menteri Sabah meminta McDonald's Malaysia agar mengikut jejak restoran cawangannya di Miri, Sarawak yang tidak membenarkan dasar kek halal dilaksanakan.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang yang juga Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), berharap kerajaan negeri akan mengarahkan McDonald's membantah pelaksanaan dasar tersebut secepat mungkin.

Jelas beliau, premis McDonald's di Semenanjung Malaysia telah diarahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melarang kemasukan kek tanpa sijil halal ke restoran makanan segera itu.

Namun menurut Chee Kang, larangan itu tidak bersesuaian dengan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Jelasnya, penduduk Sabah terdiri daripada latar belakang agama dan bangsa yang berbeza serta hidup dalam suasana harmoni.

"Malah penduduk Islam di Sabah tidak pernah kisah untuk mendapatkan makanan halal di restoran Cina yang menyediakan hidangan tidak halal.

"Oleh itu, larangan kek tidak halal ke premis Mcdonald's tidak perlu dilaksanakan di sini," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Chee Kang berkata, penduduk Sabah saling menghormati kepercayaan dan budaya masing-masing dan tidak akan sengaja melampaui batasan agama.

"Disebabkan itu, restoran McDonald's di Sabah tidak perlu melaksanakan dasar tersebut bagi mengelakkan kesan negatif antara kaum.

"Ibu pejabat McDonald's perlu mengarahkan semua cawangannya di Sabah agar tidak menguatkuasakan larangan kek tidak halal dibawa masuk ke restoran.

"Kerajaan negeri juga boleh mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak  untuk mengeluarkan arahan yang sama kepada premis McDonald's di Sabah.

Tags / Kata Kunci: McDonald's

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan