PAS Sifatkan Pelantikan Saifuddin Sebagai "Dedak"

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Akhbar rasmi PAS, Harakah Daily menyifatkan pelantikan Setiuasaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang sebagai "dedak".

"Pelantikan itu hanyalah "dedak" supaya individu atau parti yang dilantik akan terikat.

“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya," menurut komen yang diterbitkan akhbar itu pada Khamis.

Komen itu memyifatkan keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.

Menurutnya, pelantikan “orang penting PKR” dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR “masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku”.

“Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR.

“Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu,” menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Saifuddin menerima sokongan Biro Politik PKR Pusat. Saifuddin memulakan tugasnya dari pejabar pentadbiran negeri di Komtar, di tingkat sama pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.

PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PH disebabkan keanggotaan DAP dan Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS pada 2015.

Parti itu bagaimanapun belum memutuskan hubungan dengan PKR, dan beberapa siri ceramah menonjolkan pemimpin PAS, PKR dan PPBM diadakan baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: PAS , Harakah Daily , Saifuddin Nasution

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan