Pembahagian Kerusi Lebih Baik Bincang Secara Tertutup - Nurul Izzah - Berita Semasa | mStar

Pembahagian Kerusi Lebih Baik Bincang Secara Tertutup - Nurul Izzah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ialah mengadakan rundingan secara tertutup, demikian saranan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata, walaupun isu ini menjadi perhatian umum, keutamaan parti pada masa ini perlu diberikan terhadap penyeliaan kerja-kerja pilihan raya.

"Saya fikir isu itu tidak berbangkit sekarang kerana tumpuan kami adalah Jelajah Siap Siaga 2017.

"Rundingan terbaik mengenai pembahagian kerusi perlu dilakukan secara tertutup, saya rasa ia telah banyak diperkatakan sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Nurul Izzah berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada Pakatan Harapan sudah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi sesama parti gabungannya iaitu DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, apa yang pasti calon terbaik akan diletakkan oleh setiap parti yang bertanding dan gerak kerja yang baik akhirnya akan membantu kemenangan Pakatan Harapan.

"Bila masa kita tampilkan calon terbaik bersama gerak kerja di lapangan itulah yang membantu semasa pemilihan nanti," katanya.

Ditanya sama ada PPBM menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan memandangkan beberapa masalah dalaman yang dihadapinya, beliau mengelak daripada menjawab soalan tersebut.

"Ia mengenai bagaimana anda menguruskan komunikasi menuju pilihan raya.

"Saya akan menggesa semua pihak supaya memahami bahawa pilihan raya sedang menunggu, jadi lebih baik pastikan segala tingkah laku dijaga," katanya.

Terdahulu Nurul Izzah mengumumkan tentang program Jelajah Siap Siaga 2017 yang dilancarkan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program ini merupakan medium interaksi dan penyaluran komunikasi agenda reformasi institusi dan dasar sosio-ekonomi bagi seluruh rakyat Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , PKR
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan