Nor Azimah Hilang Di Madinah Dikhuatiri Akibat Kemurungan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 9:01 AM

Nor Azimah Ibrahim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kehilangan Nor Azimah Ibrahim di Madinah, Arab Saudi pada Disember 2015 dikhuatiri berpunca daripada masalah kemurungan yang dihidapinya beberapa tahun lalu.

Perkara itu diceritakan bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 55, yang menyatakan anaknya pernah didiagnos menghidap penyakit berkenaan sejak bercerai dengan bekas suami sekitar tahun 2014.

Tambahnya lagi, pemergian mereka sekeluarga menunaikan umrah ketika itu adalah antara usaha supaya Nor Azimah dapat kembali 'bertenang' setelah pelbagai usaha lain termasuk perubatan psikologi kurang menampakkan kesan.

Ibrahim berkata disebabkan itu, beliau dan keluarga hanya menerima kepulangan anaknya seperti biasa tanpa bertanya lebih lanjut mengenai kehilangannya, malah Nor Azimah sendiri masih belum mahu memberitahu apa yang terjadi kepadanya sepanjang tempoh itu.

"Semasa menunaikan umrah, suatu pagi kami sekeluarga ke Masjid Nabawi untuk solat subuh tapi Nor Azimah tidak mahu ikut pulang ke hotel...kami biarkan saja, mungkin dia mahu pulang kemudian, namun kami dikhabarkan dia pengsan ketika dalam perjalanan pulang dari masjid ke hotel.

"Memang setiap jemaah yang sakit atau pengsan akan dihantar terus ke hospital tetapi apabila kami ke hospital, saya dimaklumkan Nor Azimah yang ditahan di wad kecemasan sudah keluar dan sejak itu, kami tidak lagi berjumpa dengannya," katanya kepada pemberita Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata, mengenali Nor Azimah, menghilangkan diri bukan niat sebenar wanita berusia 32 tahun itu namun ia mungkin disebabkan ketidakseimbangan pertimbangan akibat penyakit yang dihidapinya.

Ketika ditanya sama ada Nor Azimah telah berkahwin dengan rakyat Arab Saudi, Ibrahim hanya menggelengkan kepala dan menyatakan ia hanyalah khabar angin.

Ibu Nor Azimah, Zamhani Zakaria, 53, pula berkata anaknya itu kelihatan terkejut semasa melihat beliau dan Ibrahim menunggu kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu.

"Dia (Nor Azimah) tanya saya kenapa saya boleh ada sebab tak sangka saya tunggu dia. Masa itu dia macam biasa sahaja, mukanya biasa cuma masa Nor Azimah nampak anak perempuannya berumur empat tahun, dia agak terkejut.

"Hari ini (Khamis) kami semua layan dia macam biasa, tidak mahu tanya sebab tidak mahu dia beremosi. Dia keluar dari bilik, makan macam biasa, saya minta dia sidai kain, dia buat, semua macam biasa sahaja," katanya.

Nor Azimah, dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama bapa dan ibunya namun kembali ke Malaysia pada Rabu kira-kira 12 tengah hari menaiki pesawat MAS dari Jeddah.

Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat.

Mohammad Ali dilaporkan berkata, pejabat konsul dihubungi pihak berkuasa Arab Saudi yang memaklumkan Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lalu.

Tags / Kata Kunci: Nor Azimah , hilang di Madinah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan