MH370: Tiada Petunjuk Berwibawa, Misi Digantung Dua Minggu Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan digantung dalam masa dua minggu lagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana sehingga kini pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk baharu yang berwibawa bagi membolehkan usaha berkenaan diteruskan di kawasan lain.

Tambah Liow, keputusan berkenaan selaras dengan persetujuan tiga pihak iaitu Malaysia, China dan Australia yang dicapai sebelum ini dengan menetapkan bahawa misi pencarian akan digantung apabila gerakan mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi yang sedang dilaksanakan selesai.

"Kalau tak ada petunjuk yang jelas dan sahih, kita perlu gantung (misi). Sekarang kita diperingkat akhir (pencarian), tinggal satu atau dua minggu lagi kita akan selesai misi mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi.

"Walaupun ada (pihak) yang mengatakan mungkin terdapat kawasan lain, tapi itu semua hanya berdasarkan andaian. Kita tak ada petunjuk berwibawa untuk mencari di kawasan yang dikatakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kawasaki 2017 di Plaza Tol Sungai Besi di sini, Jumaat.

Pada 22 Julai tahun lalu, Liow mengumumkan penggantungan pencarian MH370 apabila usaha mencari meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai dijalankan.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar sebaik-baik berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Berikutan itu, operasi besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan pesawat itu dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan