Kit Siang Lari Tanggungjawab - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap bertolak dalik Lim Kit Siang mengenai kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang menunjukkan penasihat DAP itu tidak berminat untuk membantu rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, veteran politik itu akan terus lari daripada tanggungjawab bagi mengejar cita-cita politik untuk menang dalam pilihan raya.

"Kita tahu Kit Siang selalu lari (bertanding) dari satu kawasan ke kawasan lain. Itu memang cara beliau untuk elak daripada tanggungjawab yang diamanahkan.

"Beliau akan terus lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kawasaki 2017 sempena sambutan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Sungai Besi di sini, Jumaat.

Sebelum ini Kit Siang dilaporkan berkata, beliau masih belum pasti sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah yang diwakilinya atau bertanding di kawasan lain.

Ditanya sama ada sikap Kit Siang itu bakal memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Gelang Patah, Tiong Lai berkata: "Tak mengapalah, rakyat sudah lihat sikap sebenar Kit Siang.

"DAP adalah sebuah parti yang tak ada prinsip, beliau boleh jual prinsip yang ada demi merebut kuasa."

Kit Siang mula dipilih sebagai wakil rakyat pada 1969 selepas memenangi kerusi Parlimen Bandar Melaka dan sejak itu, beliau bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , Lim Kit Siang , DAP , BN , MCA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan