Ringgit Akan Pulih Ke 4.1 Berbanding Dolar AS Pada Suku Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 3:17 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz bersetuju dengan unjuran pihak bank bahawa ringgit akan pulih kepada nilai saksama 4.1 berbanding dolar AS pada suku ketiga tahun ini.

Pihak bank mengunjurkan pemulihan itu berdasarkan peningkatan harga komoditi seperti getah dan minyak sawit, selain asas ekonomi yang kukuh, katanya.

Pada 1.11 tengah hari, ringgit mengukuh kepada 4.4840/4890 berbanding dolar selepas dibuka pada 4.4870/4900 pada 9 pagi, ekoran harga minyak yang meningkat, yang akan menambah hasil kerajaan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak, masih berlegar melepasi AS$55 setong.

"Ini merupakan kitaran, dan bukan kali pertama kita alami, kita sudah menyaksikan paras yang lebih teruk, pada paras 5.3 sebelum ini," katanya pada sidang media selepas melawat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di sini Khamis.

Othman berkata pelabur tidak memasuki pasaran sehingga Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump, mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari, 2017.

"Ada yang berkata bahawa perkara lebih buruk akan berlaku, namun kita tunggu majlis angkat sumpah Trump. Apa yang anda dengar sekarang bukan yang sebenarnya, hanya 'dengar cakap' sahaja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan