Datuk Ramlan Ibrahim Dilantik KSU Kementerian Luar

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 10:37 AM

Datuk Ramlan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar mulai 1 Januari, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ramlan, 59, yang sebelum ini Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, menggantikan Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh lantikan secara kontrak.

"Beliau (Ramlan) berpengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa, dan hal ehwal luar negeri sepanjang karier perkhidmatannya," kata Ali dalam kenyataan yang mengumumkan pelantikan itu, Rabu.

Ramlan, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 34 tahun, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Korea dan Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina.

Ali berkata beliau percaya dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki Ramlan termasuk ketika Malaysia menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016 akan membolehkannya melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju kementerian dengan berkesan.

Beliau juga percaya Ramlan mampu meneruskan misi Kementerian Luar dalam menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mempromosi dan melindungi kepentingan negara melalui amalan diplomasi yang dinamik serta proaktif.

Pada masa sama, Ali bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Othman atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 37 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan