Pagar Sempadan Malaysia-Thailand Yang Baharu Perlu Dibina Segera

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Pagar sempadan darat Perlis-Thailand yang baharu perlu dirancang dan dibina semula supaya kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda pembinan pagar tersebut hendaklah mengambil kira keperluan situasi keselamatan semasa dan dipertingkatkan keupayaannya dengan menggunakan teknologi seperti CCTV, peralatan penglihatan malam dan sensor gerakan.

"Perubahan arus perdana mewujudkan keperluan untuk kerajaan melestarikan pembangunan dan keselamatan sempadan darat antarabangsa agar ia berkembang seiring kemajuan ekonomi dan konsep tiada kompromi dalam aspek keselamatan.

"Kekangan perbelanjaan dan kekurangan anggota bukan alasan yang menghalang pembinaan pagar berteknologi yang berupaya meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan agensi penguat kuasa," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri di sini bertitah selepas meninjau pagar tersebut dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam dengan menunggang motosikal petang Rabu.

Baginda diiringi pengarah Majlis Keselamatan Negara negeri Perlis, Safrul Faiz Abd Satar yang turut mempersembahkan taklimat keselamatan terkini sempadan  Perlis-Thailand.

Kali terakhir baginda meninjau kawasan tersebut dengan bermotosikal ialah pada 2011.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah anggota keselamatan perlu diberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan supaya tidak ketinggalan dalam kemajuan semasa.

"Dalam hubungan ini, beta ingin tegaskan latihan dan transformasi berterusan serta kelengkapan teknologi terkini amat penting supaya mereka dapat melangkaui kemampuan penjenayah rentas sempadan.

"Agensi-agensi kerajaan di sempadan juga harus meningkatkan kolaborasi dan komunikasi strategik serta melaksanakan operasi secara bersepadu kerana lebih berkesan, ekonomikal dan mengukuhkan integriti masing-masing," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah perkongsian sumber antara Malaysia dan Thailand membabitkan kos pembinaan pagar berlapis di Padang Besar sejauh 5.3 kilometer (km) yang ditanggung bersama pada 2004 patut diteruskan. 

Baginda turut melihat satu daripada tiga pos mudah alih terbaru yang kalis peluru yang ditempatkan di Pos Op Wawasan di Perlis dan Kedah.

Pada masa ini 52km dari 106km jarak dari Kuala Perlis ke Chuping dipagar sejak 1976 manakala selebihnya merupakan perbatasan jajaran berbukit.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Raja Muda Perlis , Kem Bukit Keteri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan