Nor Azimah Pulang Selepas Setahun Hilang Di Madinah

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 8:56 AM

Nor Azimah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:"Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada selama setahun lebih dia menghilang di Madinah.

"Dia tidak banyak berbicara ketika saya mengambilnya di KLIA," kata Ibrahim Abdul Rahman ketika bercakap mengenai kepulangan anaknya Nor Azimah, 32, ke tanah air, Rabu.

Ibrahim berkata buat masa ini Nor Azimah memerlukan masa untuk bertenang sebelum menceritakan kejadian sebenar selama menghilang di Madinah.

"Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Azimah selamat pulang ke tanah air," kata Ibrahim, 55.

Nor Azimah, dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama bapa dan ibunya.

Ibrahim berkata dia hanya mengetahui kepulangan dan ketibaan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui WhatApps rakannya pada 3 petang tadi.

"Sejurus selepas itu, saya terus ke KLIA mengambil Azimah. Dia berada dalam keadaan sihat tetapi stres," kata Ibrahim ketika dihubungi Bernama di rumahnya di Shah Alam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Konsul Malaysia di Jeddah dan pihak keselamatan Arab Saudi kerana berusaha mencari anaknya.

"Terima kasih kepada semua yang pihak yang terlibat menguruskan perjalanan anak saya dari Madinah ke Malaysia," katanya.

Nor Azimah tiba di KLIA pada kira-kira 12 tengah hari Rabu menaiki pesawat MAS dari Jeddah.

Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat yang berkata Nor Azimah ditemui pada 13 Disember.

Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menghubungi Pejabat Konsul Jeneral. 

Tags / Kata Kunci: Nor Azimah , hilang Madinah , umrah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan