Tahan KSU: Ismail Sabri Jamin Kerjasama KKLW-SPRM

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketua setiausaha (KSU) kementerian itu yang ditahan reman berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu akan terus menyokong usaha SPRM bagi membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangannya.

"KKLW menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap KSU KKLW yang ditahan agensi berkenaan.

"Saya memberi jaminan bahawa KKLW akan memberi sepenuh kerjasama kepada SPRM dan akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewengan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap KSU KKLW, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak lelakinya bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan SPRM untuk menahan Mohd Arif, 59, dan anak-anaknya yang berusia 29 dan 34 tahun bermula Khamis sehingga 11 Januari depan.

Mohd Arif ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi Rabu.

SPRM turut merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan KSU itu, selain merampas beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.

Tags / Kata Kunci: KKLW , Ismail Sabri , KSU

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan