Grab Beri Amaran Tamat Khidmat Pemandu Jadi 'Sesumpah' Di KLIA/KLIA2

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 8:00 AM

Jaygan Fu

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia memberi amaran untuk menamatkan khidmat pemandunya yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di Sepang.

Ketua Negara Grab Malaysia, Jaygan Fu berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penipuan atau pemandu yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam perkhidmatan dan aplikasi tempahan itu.

Katanya, isu penipuan dan pemandu yang tidak beretika menjejaskan pendapatan dan kehidupan rakan sekerja yang berusaha keras dengan menjadikan operasi Grab sebagai punca pendapatan.

"Kami sedang menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan.

"Tindakan ini termasuk terus menyingkirkan mereka dari perkhidmatan kami secara tetap," katanya dalam kenyataan kepada mStar Online.

Syarikat itu mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 bagi mengaut untung bersih.

Portal berita ini menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Jaygan berkata, semua pemandu Grab melalui latihan dan pemeriksaan yang ketat dalam memberi perkhidmatan kepada penumpang.

Beliau menambah, pemandu juga perlu mematuhi peraturan ketat, termasuk tidak mengenakan caj berlebihan berbanding yang dinyatakan di dalam aplikasi.

"Kami menyeru semua penumpang untuk menggunakan hak mereka bagi mendapat perkhidmatan yang selamat, selesa dan berpatutan.

"Pelanggan juga dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline 1300 80 5858 atau emel kepada support.my@grab.com sekiranya berlaku situasi seumpamanya bagi membolehkan syarikat campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Pada masa sama, beliau  turut meminta pemandu lain supaya membuat laporan sekiranya mereka mengesan insiden berkenaan.

"Sebarang maklum balas yang diterima akan membantu kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Objektif utama Grab adalah menyediakan perkhidmatan yang selesa, selamat, mudah dan berpatutan kepada penumpang sambil menimbangkan kebajikan pemandu," katanya.

Terdahulu, Uber Malaysia memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan berhubung insiden pemandunya yang menjadi 'sesumpah' di KLIA dan KLIA2.
Tags / Kata Kunci: GrabCar , sesumpah KLIA , ulat KLIA , Jaygan Fu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan