Banjir Kelantan: Jumlah Mangsa Meningkat 14,074 Orang - Berita Semasa | mStar

Banjir Kelantan: Jumlah Mangsa Meningkat 14,074 Orang

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 10:44 PM

Keadaan banjir di Kelantan pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,074 orang daripada 4,996 keluarga setakat 9 malam berbanding 13,496 orang daripada 4,823 keluarga 5 petang Khamis.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata, sebanyak 41 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir terbabit di lima jajahan negeri ini.

Jumlah mangsa banjir paling ramai ialah di Jajahan Pasir Mas iaitu sebanyak 10,094 orang daripada 3,753 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan, diikuti Jajahan Tumpat sebanyak 3,456 orang daripada 1,103 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata dijangkakan semakin ramai mangsa banjir di Jajahan Tumpat akan dipindahkan ke pusat pemindahan malam ini dan esok (Jumaat) berikutan air dari kawasan hulu Sungai Golok mengalir ke jajahan itu.

Terdapat 463 orang (127 keluarga) ditempatkan di tiga pusat pemindahan diPasir Puteh, 50 orang (12 keluarga) ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Kota Bharu dan 11 orang (satu keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Machang, katanya.

Zainuddin menasihati penduduk di Jajahan Tumpat agar sentiasa peka dengan perkembangan banjir di kawasan masing-masing dengan berpindah awal ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu sembilan meter (m) namun menunjukkan trend penurunan setakat 9 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri dihttp://ebanjir.kelantan.gov.my.   

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang adalah 10.06m berbanding 10.10mpada petang Khamis.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah menurun kepada 13.60m berbanding 13.78m petang tadi, di bawah paras bahaya pada 16m manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Banjir Kelantan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan